be friend of mine..

Monday, October 18, 2010

jom derma organ!

salam...hallu..

ehek..cuti lagi hari ni..esok dah start kije..uff malas tahap gaban ni..
tapi saya cepat2 baca entry bila malas kije tu..orait, baca yang num 1 pon, dah terus rase ok nak pegi kije esok..

orait, hari ni, saya settle semua hal2 peribadi..woo awal pagi dah bangun sebab kete saya block kete hosmet nak pi kije..weee~~mentang2 cuti, syok je tido..cian hosmet saya, panjat tingkat 2 nak kejutkan shaye..sowi ye hosmet! hiks..

pastu sambung tido jap, dah la di luar ujan renyai plus ekon lagi sepoi2 bahasa..ufff nikmat dunia betolla!

tapi, haip! kul 8 setengah bangun, datang mood rajin pulak..yeay..saya kemas bilik yang macam baru pas gempa bumi ni..hiks..

lalala...siap! kul 9 saya mandi and pegi sarapan nasik lemak sedap gile tepi tali air kat area umah ni..hekhek...beli paper pulak..then brum brum pegi maybank, matikan kad credit yang diberi tanpa diminta. and pegi bank islam bayo kad credit saya yang memang saya minta..haha..and pegi bayo bil henpon saya, and ayah saya kirim suh bayo..

then pegi giant! sopeng! lalala..

dan balik, baca buku..

oye..ape topik entry saya ye tadi? lupa lak nak cakap..

pasal derma organ kan?hiks..sowi ye tadi tu intro baru..

orait! kengkawan semua, korang tau tak, derma organ ni TIADA HALANGAN DI SISI ISLAM?

alhamdulillah bagosla kalu korang dah tau.
jadi tau saja tak guna kan? jom la kita derma organ kita.

pada tahun 1970, dah ada fatwa mengenai derma organ ni. derma organ ni boleh dengan 5 syarat..

apakah syarat tu?
pertama, TAK ADA ALTERNATIF LAIN UNTUK SELAMATKAN PESAKIT KECUALI PENERIMAAN ORGAN BARU. okay? contohnya, buah pinggang? ha, ginjal ni kan boleh wat rawatan dialisis.tapi cane kalu seumur idop nak wat rawatan tu? kesian pesakit kan terseksa..jadi dalam hal ni kita boleh derma sebijik buah pinggang kat dia..harus sejibik ye..tak leh 2 bijik, nanti kita pulak kojol. dan tak leh nak bagi setengah ke, sepertiga ke..boleh tu boleh, boleh pelempang la.


maaf ye kalu korang rase gambo ni sukar tuk diterima..tapi memandangkan ini adalah kartun, jadi saya relakan dia di upload dalam belog saya..

sebenarnye, saya just nak tunjuk mana kedudukan ginjal..jangan nanti ada yang pegi, cakap, nak derma buah pinggang tapi tunjuk kat kepala lutut. itu aje~~hiks.

2. PENDERMA HARUSLAH IKHLAS, NIAT KERANA ALLAH, TANPA HARAPKAN BALASAN DUNIAWI..kalu ukhrawi insya Allah dapat..bukan urusan kita menentukannya..

3. MESTI DAPAT IZIN KUARGE! . ha, bab ni, awal2 kena bagi tau mak ayah adik abang kakak semua..sebab proses pendermaan akan terhalang bila waris si mati tak benarkan walaupon, si mati ni dah wat ikrar nak derma..orait? jangan lupa ye..saya punya problem kat sinila..jangan kata derma organ. haritu, yang saya derma darah yang cuma secawan tu pon mak saya dah risau and bising2..takut saya sakit..kena cakap leklok ngan orang tua.

4. TIDAK MENDATANGKAN MUDARAT PADA PENDERMA DAN PENERIMA. okey, jadi tak payah ikot citer hindustan. nak derma, mata lah, jantunglah kat gefren or bofren..tak boleh tau tak? pastu, pas derma, mudarat tak kita? kalu macam , kita pon tak sehat, kalu derma, memudaratkan kita, kita dilarang menderma...jadi, dalam kes ni, derma after meninggal adalah lebih di galakkan..oke babeh?

dan , ke 5, ORGAN TAK BOLEY DIDERMA UNTUK TUJUAN KOMERSIAL. ni pon, macam citer hindustan jugak. jual organ tuk dapat duit tampung kehidupan..jangan ada niat camtu..tapi kalu family or pesakit sendiri nak bagi hadiah tanda terima kasih, janganlah korang gaduh or berpatah arang berkerat rotan ngan diorang. jangan tuduh dorang nak beli organ korang. anggaplah sebagai tanda penghargaan, tolak baik2, and sentiasa bersilaturrahim dengan dorang..


duit banyak tak boleh beli nyawa lah!

ingat, dalam islam , pendermaan organ dianggap sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama umat islam.

dah cukup syarat korang? dah terbuka pintu hati korang tuk derma?

korang tau tak , ada pesakit jantung perempuan cina, yang baru2 ni meninggal dunia, kerana tidak mendapat penderma, menangis dan mendermakan semua organ lainnya yang masih baik untuk orang lain yang memerlukan..

hanya yang mengalami, yang tahu bagaiman menderitanya rasa..

oleh itu, saya menyeru kawan2, dan saya sendiri untuk menderma organ.

korang boleh layari wwww.agiftoflife.gov.my untuk mengisi borang menjadi penderma organ.

atau boleh calling2:
pusat sumber transplan nasional, HKL 03-26156576/ 26942704/ 26942705

" barang siapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah2 ia telah menyelamatkan nyawa umat manusia keseluruhhanya.." surah al-Maidah , ayat 32.

moral: saya suka kalu apabila saya dah tak ada kat dunia ni, tapi bahagian tubuh saya masih ada pada orang lain..selain untuk menyelamatkan dirinya, tapi sekurang2nya untuk pengubat rindu orang2 yang menyayangi saya.....;)

2 comments:

  1. yup... aku baru je layan al-kuliyyah petang tadi citer pasal ni...

    skang baru confident gile nak register pasal derma organ ni...

    dulu ragu2 jugak... tapi dah baca sana-sini banyak pasal ni...and ok, so... excited nak register. =)

    ReplyDelete
  2. sile la cik as aka agogo weh..haha...kat spital i skang pon ngah giat kempen derma organ ni...hiks

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA