be friend of mine..

Friday, February 11, 2011

Cara membuang bayi yang betol

Hallu~~~
Mai gile nak hapdet belog. Bior le streamyx wat hal pon, sanggup type kut epon lagi nih..

Takdela.. Tadi sedey sangat baca berita buang baby.. Dalam kumbahan indah water la.. Ade yang berulat la.. Kesian sangat.. Sakit baby tu.. Baby kan soft, lemah.. Sampai hati mak bapak buat macam tu kat baby?

Okay, fahamla kalu korang gabra sangat pasal baby ni anak luar nikah. So korang yang memang secara ori takde otak ni, bagi alasan tak leh berfikir waras time tu. Sudahla, memang dah takde otak, nak pikir cane kan??

Jadi, saye sebagai orang yang masih waras, tolong pikirkan cara terbaek korang nak buang baby korang.
Ups!! Ni bukan menggalakkan korang buat baby lagi, tapi ni tuk baby yang tak berdosa tu kay~
Korang ni, tak de ni pon, korang buat jugak kan? Hmpph~~~ape nak heran
(⊙_⊙)

First.. Baby hatch. Tau kan? Ke ninpon tak tau? Kalu tak tau, meh nak gegarkan sket kepala korang tu. Banyakkan membaca. Skunk ni, kat hospital ade baby hatch. Tempat tinggal baby orang tak nak. Kalu nak sure, leh google. Dont worry, kat sini tak de pasang cctv. Korang tak wat jenayah buang baby. Tapi jenayah lain je iaitu berzina, jawab sendiri di akhirat. Korang boleh pakai helmet, cap, paper bag, topeng ultraman or power rangers mengikut kesukaan korang sewaktu meletak baby kat situ, sipaya kunun2 orang tak kenal.
Or boleh pinjam costunm erra fazira gemuk dalam film cinta kolestrol kalu tak nak identiti dikenali. Tapi korang tidak digalakkan pakai costum maskot a&w, or kfc kerana hanya anak manusia diterima disini. Bulan anak beruang or anak ayam.

Yang ke2, ✌. Kenal pasti orang yang nak anak. Beri anak korang secara baik kepada yang menginginkannya. Kalau malu sangat, boleh cuba macam ni. Beli sroller , make sure ade net and kat luar tak de anjing, letak kat depan umah couple tu, and tulis surat pemberian. Lepas letak, lari laju2 dari tempat kejadian.

Ke3, letakkan baby di tempat yang ada orang akan datang. Contohnye masjid.korang mungkin akan ditangkap tetapi baby korang selamat. Paling bagus, letak dalam surau pada jam 2 pagi, tutup semua pintu dan tingkap, dan tunggu di mane semak sampai tok imam dan tok bilal jumpa. Lagi bagos tuk penghulu pon jumpe supaya korang akan dilempang sedas dua oleh beliau. Sekurang2nya, orang2 alim dan berilmu akan menjumpai anak korang. Bukan orang ntah ape2 nanti dijualnye. Korang gak rugi.

Ke4, jika korang ternampak ade parent yang syok2 soping sambil bawa stroller, jangan lupe selitkan anak anda di sebelah anak mereka. Mesti mereka terkejut dengan surprised korang. Biasenye golongan ibubapa camni, diorang sayang baby. Baby korang mesti akan sampai ke JKM nanti. Tak kena makan di anjing.

5, lepas bersalin, korang boleh melarikan diri terus dari hospital meninggalkan baby korang. Kemudian, korang berhijrahlah ke negara mane skali pon. Paling bagus, sekarang boleh ke mesir coz kerajaan pon so far tak galakkan semua orang ke sana sekarang. Jadi, terlepasla korang dari hukuman dunia.

Sekian, klu ade sape2 nak update, silakan.
Nanti, kat akhirat terimalah pembalasan dari Pencipta kita dan juga Pencipta baby yang kita buang.

Insaflah wahai pembuang baby semua.
Kasihanilah baby yang tak berdosa. Apa salah mereka pada korang?

Moral: korang pembuang baby memang tak bermoral

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA