be friend of mine..

Friday, February 11, 2011

Adab jumpa doktor gigi... Kalau korang nak selamat!

Salam. Hari ni hari jumaat. Terengganu cuti. Saya suka hari jumaat coz hari ni la hari saya berehat sepenuhnye.. Hihi..

Tapi, baru je nak update belog, streamyx meragam. Haiya.. Tak tau lah kenapa. So terpaksa la saya update tru epon.

Well, lately ni saya tengok, makin ramai patient tak behave. Macam2 hal.

So, hari ni saya nak share, cane adab nak jumpa doktor gigi.
Orait?

Mula2, doktor gigi ni hanya insan biasa. Punya hati dan perasaan. So, diorang ni suka sangat bila patient masuk ke room surgery diorang, tunjuk gigi sket. Senyum la maksudnye. Bukan suh nganga mulut dari depan pintu lagi. Or say hi doc! Enough.
Doktor gigi tak perlukan korang tabik hormat, or berdiri ucap selamat pagi doktor! Yang macam budak2 skul buat kat cikgu diorang.

Then, mesti bercakap benar. Doktor gigi adalah makhluk pencinta kejujuran. Kerana mereka berhadapan dengan kes, itu pasti! Bukan samar2. Apabila doktor gigi bertanya, adakah korang sakit?, jawab dengan jujur! Doktor gigi sebenarnya tahu sama ada anda sakit atau tidak. Diorang tanya hanyalah untuk menguji kejujuran pesakit. Sekiranya korang didapati menipu, siap2 la korang akan mersakan pengalaman pahit dalam idup korang.

Third, jangan menunjukkan anda sangat sakit untuk meminta mc. Doktor gigi tahu kes apa aje yang boleh mc. Sekali lagi, jangan menipu. Akibatnye, anda mungkin hanya mendapat time slip.

Next, bagi para ibu bapa, jangan terlalu manjakan anak. Tindakan bodoh korang akan menyebabkan anak takut, dan menyusahkan doktor gigi. Ada kes, ibu menyalahkan doktor apabila anak sakit, padahal sebelum tu ibu ni memang terlalu manjakan anak dan menunjukkan muka takut pada anak. Ingat, doktor tahu nak buat apa. Disiplinkan skit anak tu. Tak mati pon~ ☠

Then, jangan berlagak dengan doktor gigi. Korang inGat doktor gigi ni sengkek? Gaji korang lagi besar? Jangan perasan. Kalau gaji bawah 10k sebulan, tok sah berlagak. Gaji besar pon tak perlu berlagak. Nak tahu akibatnya x? Akibatnye, korang akan di caj lebih.

Seterusnya, jangan sesekali mengajar doktor gigi apa yang perlu dia buat. Korang boleh memberitahu apa keinginan korang, dan akan dijelaskan options rawatan oleh doktor. Tidak boleh memaksa doktor gigi kerana dia tahu lebih dari sekadar gigi.

Next, jangan memberitahu madalah korang kepada assistant doktor gigi. Ini pantang. Perlu di ingat, yang memakai uniform putih, bukan doktor gigi. Doktor gigi suka berpakaian casual, selesa bila bekerja, dan ada white coat jika perlu. Korang mesti ignore assistant bila bercakap dengan doktor gigi. Doktor gigi bukan tukang. Talk to them directly.

Last, jangan sebut customer always right. Sesetengah doktor gigi tidak mengiktiraf ayat tu.

3 comments:

  1. aaaa...bab ibu bapa tu terasa sikit...anak saya 4 tahun tu tak takut pun saya yang lebih-lebih..hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. ummiarissa, parent kene berani n tegas. ni baik untuk anak tu sndr. nt if ade mslh gigi, xde terlambat nk fix gara2 dia takut. bnyk jg parent yg i jumpa, diorang train their child to behave bl jumpa dentist. and anak2 diorang ni biasenya akan wat regular dental check up every 3 month. i hope i can be like them too, bl dah jadi parent n.hihi

    ReplyDelete
  3. haha... zaman2 skolah dulu... time2 kene pegi check gigi, slalu parents i antar lepas tu tinggal i sorang2 kat situ... kalo antar pagi kul 10... kul 12 datang amik...

    slalu jugak la buat muka kesian dekat depan nurse bila bosan treatment da abes tapi kene tunggu ayah datang amik.

    lagi best pegi join tengok dak2 lain treatment gigi. konon tolong bagi kata2 semangat. heheh...

    selok belok klinik pergigian yg beso dalam penang tu i da redah mase kecik2 akibat kebosanan. haha...

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA