be friend of mine..

Sunday, March 20, 2011

percintaan jarak jauh

salam. hohohoho..
pekehal pulak entry cam perasan dah jadik femes de amos motivator ni?

orait orait.. ini cuma sebagai renung renungkan. berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pada kawan sekeliling.

percaya atau tak, sebilangan besar manusia, akan tercari, termendapat, terpaksa dapat pasangan yang jarak jauh. long distance relationshiplah.

kenapa tak ramai yang cari yang depan mata?


sebabnye, MALU! ho ye ke??

perasan atau tak, orang sekarang suka cari kapelnye melalui sms sesat, fesbuk, macam2lah yang tak perlu memikirkan cara mengawal rase malu dan segan. alhasilnye, ramai yang mendapat kapel jarak jauh.

tapi.. ada jugak, yang awal2 nye jarak dekat, tapi tup tup jadila jauh sebab tuntutan kerja, study la biasenye.

saya pernah melalui hampir semua perhubungan jarak jauh. semua kerana belajar, dan kerja.

yang tak bestnya bila jarak jauh, terkadang rasa macam single. diatambah saya yang kurang gemar ber sms. nak kol, selalu tak kena time and busy. alhasilnye, gud bye.

terakhir, saya ditemukan dengan seseorang yang well. rumahnye dekat aje tapi tuntutan kerjanya memerlukan dia belayar nun jauh ke jepun. itu lagi haru sebab jauh dan selalunye tak ade line. tapi hairan saya, yang ini lah yang saya bertahan.


AMAN BINTULU. yang sentiasa menjaga jantung hati saya.

saya fikir2 jugak . last dapatla jawapannye sebab saya tak payah sms dia sebab dah tau tak ada line. then bila ada line, berkobar2 nak koling2 sampai slalu rase seperti baru berchenta haha.

tak lah.. sebab yang paling penting, dia jujur. itu saja.

jujur walaupun jauh, jujur walaupun tanpa khabar berita.

saya? saya tak de mood nak gatal2. even ramai laki gatal mengelilingi saya.

apatah lagi sejak bekerja. ada jugak laki pisau cukur yang cuba menjadikan saya banker!

okay, now orang tersayang dalam hidup saya dan berhenti belayar. dia kata tak tahan jauh2 dan paling dia tak tahan bila nak tinggalkan saya bila dia nak sign on kapal. paling worst dia cakap bila tengok muka saya kat epot bila dia nak pergi. rasanya terjun bangunan tingkat 10 pon tak sesakit tinggalkan saya time tu.


ini last kapal yang dia naik before resign : AMAN SENDAI
walaupun macam tu, dia tetap jauh di Lumut Perak dan saya kerja di Terengganu sekarang.


now dia jaga kapal perang pulak. haip!

yang penting tiap hari saya boleh bergaduh dengan dia.

tak pernah sebahagia ni bila bergaduh.

jadi, pada sesiapa yang PJJ jugak, yang penting sesuaikan diri dengan keadaan.
itu saja.

moralnya: kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. ;P

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA