be friend of mine..

Friday, March 11, 2011

video earth quake and tsunami di japan: bumi kita semakin tua

salam

salam 1Malaysia juga.

hari ini, kita dikejutkan dengan berita gempa bumi dan tsunami di north Japan petang tadi. gempa bumi berskala R 8.9 itu dikatakan mengorbankan 44 nyawa setakat entry ni ditulis.

di bawah ini disertakan 2 video kejadian.






sebenarnya, apa perasaaan kita apabila mendapat berita tidak disangka sangka ni? setelah 104 tahun tidak mengalami gempa yang dahsyat, jepun yang mungkin terleka dan bangga dengan kepesatannya, di tegur oleh sang Pencipta. Nauzubillah.

secara peribadi, perasaan saya bercampur2. sedih mengenang nasib rakan sesama islam di sana, takut dengan teguran Allah, dan gembira?

kenapa gembira pulak? gile ke ? atau ade dendam ngan Jepun? tak delah. panjang ceritanya, insan tersayang saya dulu merupakan jurutera marin di syarikat perkapalan MISC. sebetulnya, beliau akan selalu belayar ulang alik dari bintulu ke Sendai, jepun, yang dilanda tsunami sekarang. hinggalah beliau meletak jawatan setahun yang lalu kerana memikirkan untuk tidak berjauhan dengan saya.

saya terfikir. bagaimana kalau beliau masih belayar? bagaimana kalau beliau ada di Sendai pada waktu ini? mestilah saya yang jadi manusia paling bimbang atas muka bumi ni sekarang. sebab tu lah saya gembira. Alhamdulillah, beliau sekarang ada di Lumut, perak dan bekerja di syarikat perkapalan juga, tapi tak lah belayar. kalau sesiapa yang kerja TLDM disana, mungkin pernah terjumpa beliau. takdelah hensem pon hahaha.

berbalik kepada kejadian ni, apakah sumbangan kita?

pada dunia yang kita tinggal sekarang ni?

secara peribadi, setiap bulan saya menjadi donor tetap untuk WWF. ini adalah salah satu kerja kebajikan untuk menjaga bumi kita. sejauh mana keberkesannya? saya menyerahkan pada WWF untuk menguruskannya.

sekarang saya sangat perihatin pada penggunaan plastik dan tenaga elektrk. setakat beli barang, saya memang taknak plastik. nanti nak hapus semua, susah, bumi kita jadi panas. dan cuaca akan kucar kacir.

saya terfikir untuk terlibat dalam menjaga keindahan dan kesihatan bumi kita secara aktif dan langsung, tapi macam mana? saya tidak mempunyai masa.

dan kalau hanya saya yang beria-ia?

menjadikah? fikir fikirlah rakan2 sehabitat sekalian~~

moral: save our world.

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA