be friend of mine..

Monday, May 16, 2011

kisah benar : pakcik yang kelakar

Salam, holla!

Aih bila ingat kes pakcik ni, rase senyum sorang2.

Pakcik ni clumsy sikit, dan agak noti. Bukan noti cane, bukan gatal, tapi rasenye asek tersengeh aje , pastu buat muka comel.

Pakcik M ni, yang berumur 58tahun, datang la ke klinik gigi i ni, tapi sebab sakit, i bagi ubat dulu.

Okay pakcik ni balik la dengan senyumannya, dengan bekalan pesanan yang berbakul2 dari i. I suh dia habiskan ubat, pakai ubat kumur seperti arahan, blab la bla

Next weeknya, pakcik ni datangla. My staff pon Tanya, pakcik dah habiskan ubat doctor bagi, dia pon dengan girangnye menjawab, “dah!~~~”

Pastu i pon check la, aih??? Masih bengkak dengan jayanya?

“pakcik makan ubat saya bagi sampai habis tak?”

“habisla doctor heh heh heh”

“ubat ada lagi?”

“ada la doctor, banyaaakkk sangat orang farmasi tu bagi heh heh heh”

Aihh i dah syak dia ni tak makan ikut aturan atau tak makan langsung?

“ pakcik makan ubat berapa kali sehari?”

“ 4 kali doctor heh heh heh”

Yelatu pakcik, aku bagi ubat tu suh makan 3 kali sehari aje. I cakap dalam ati jelah

“ tapi ubat tu saya dah bagi arahan kat farmasi,makan 3 kali sehari je, kenapa terlebih? Tak boleh tau”

“ yelah doctor, ubat doctor 3 kali, ubat batuk pakcik sekali, ubat gigi pakcik tak kira heh heh heh heh”

“ okay, kalau pakcik makan ubat tu 3 kali sehari, kenapa tak habis2 lagi? Ubat tu hari ke5 dah habis, orang farmasi takkan bagi ubat tu lebih2 sebab tu ubat antibiotic?”

Pakcik tu dah sengih sengih sengih..macam nak cari idea lagi nak menjawab tapi i pintas balik

“ pakcik guna tak ubat kumur tu?”

“haa! Yang tu pakcik guna hari2!”, semangat gile jawab.

“hari2? Wow mesti sedap kan ubat kumur tu pakcik?”, staff i dah senyum kat i.

“ ha ah sedaaappp! Heh heh heh manis!”, pakcik ni muka sengih tak jadi.

Sah! Pakcik ni tak makan ubat, tak guna ubat kumur!

Sebab ubat kumur yang i bagi adalah sangat pahit sepahit2 sekalian alam! I pernah try guna ubat kumur tu, even dah di dilute kan ke dalam segelas air pon, dia tersangat terlampau pahit sampai nak termuntah, tapi sangat berkesan.

Sekian terima kasih.

Pakcik ni sangat noti!

Moral: never ever ever try to lie to a doctor! They learn how to get information themselves. Doctors just asking for a reason to see the honesty of their patient. ;)

6 comments:

  1. wah .... dah cam Dr. House pulak ... "All people lies" ... huhuhu (lebih kurang camtu la ayat dia kot)

    ReplyDelete
  2. ahahaha...

    kalo i bese selalu lepas dapat apape ubat, memang i try SEKALI je... kalo rasa bleh adapt baru la try ikut aturan sampai abes.

    kalo tak... memang duduk la kau situ dalam peti sejuk wahai ubat... :P

    jangan marah ye doctor...

    ReplyDelete
  3. ismail: tau xpe hahaha penuh dengan curiga kehkeh

    as; u ni la antara penyumbang kerugian negara tau x sampai bilion2 ringgit bazir beli ubat. tapi x makan. haha.

    ReplyDelete
  4. ismail: tau xpe hahaha penuh dengan curiga kehkeh

    as; u ni la antara penyumbang kerugian negara tau x sampai bilion2 ringgit bazir beli ubat. tapi x makan. haha.

    ReplyDelete
  5. alaa... tapi i jarang sakit... takde la rugi mana...

    ehh... mana ada rugi... selagi ubat tu tak cecah 6 bulan lepas bukak, dan duduk dalam fridge, kalo sakit lain kali i belasah je ubat tu... :D

    ReplyDelete
  6. kalu ubat demam tu kira ok lagi. tapi antibiotik, mmg x tahan lama n dah bukak kena habiskan. antibiotik ni yg mahal.

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA