be friend of mine..

Friday, June 17, 2011

info: perbezaan keadaan gigi dan mulut antara murid yang cerdik dan tidak

salam.

haiyoo terlalu lama rasanya tak update. syukurla hujung minggu ni tak busy. kalau tak, jalan pon tak jejak tanah. semput heh heh

okay, entry ni macam nak buat tesis la pulak kan hahaha. tak de la, ni mungkin boleh jadi rujukan suka suki nak nilai diri dan anak2 may be?

hasil research ni adalah cuma berdasarkan pengalaman saya.

memang ada PERBEZAAN YANG NYATA antara kebersihan mulut budak2 yang cerdik dan kureng cerdik. tak nak la kata bodoh kan.



tapi, definisi cerdik atau tak, i maen berdasarkan kelas paling atas dengan kelas paling bawah di sebuah sekolah. tiap2 tingkatanlah.

memang budak2 kelas bijak ni, mulut diorang bersih, gigi tak banyak rosak, dan ada rawatan pergigian. berbanding budak2 kelas paling hujung, mak aih, tak tau lah gosok gigi ke tak? dan keadaan gigi memang parah, sampai ada perubahan pada gusi. ish ish ish..

pernah ada kajian sebelum ni yang saya baca dari article sape ntah saya pon lupa, kebersihan gigi dan mulut menentukan kecekapan otak kita. maknanya bila bersih, otak kita lebih cekap berfikir.

selain tu kan, saya rasa sebab kurang cakna budak2 ni sendiri. sebagai mana dia tak kesah pasal pelajarannya, begitulah dia tak kisah pasal gigi dia.

dan tak lupa juga, peranan mak ayah. anak2 yang bijak, mak ayah memang peduli dan sentiasa busy body hal anak nya. beza mak ayah tak kesah, tak endah dan tak tau pon anak dia bangun pagi pegi sekolah gosok gigi ke tak?

serba sikit lah, nanti saya harap ada bukti secara santifik, atau saya yang dapat tajaan buat research yang gempak2, boleh la saya selit2 kot?

bukan menidakkan atau menghina murid2 kelas bawah, jangan terasa ya? ini adalah kajian secara subjektif.

dan kalau tau kita tergolong macam tu, apa lagi, cepat2 lah berubah!

moral: walaupon macam tu, tak pernah saya anak tirikan budak2 kelas bawah. sebab ada antara nya yang beradab, dan lebih menghormati orang berbanding budak2 konon cerdik!

1 comment:

  1. ok now i know kenapa i sangat particular dengan bentuk gigi kawan2 i lebih2 lagi yang kemain la approach nak jadik boifren i...

    semua tak menepati standard. dorang ni tau ke tidak jaga gigi ni..

    bukan nak claim i pandai.. tapi.. i tengok orang bukan tengok paras rupe ye.. first thing i tengok gigi dier.. hahaha..

    i punye habit kalo tengok cermin pun.. kalo orang lain touch up muka, betulkan tudung.. tapi i telek gigi.. hahaha..

    i tatau la camne nanti anak2 i.. pening kot ada mak yang concern pasal gigi walaupun bukan dentist.

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA