be friend of mine..

Friday, June 10, 2011

mitsubishi asx, my love at the first sight.

salam.

malam ni baru dapat rest. penat la sangat after balik kursus, pergi kerja, and hari ni pergi settle pasal nak bertunang.

lega la sket dah urus sebab majlis dah dekat. bulan depan je pon.

yang bestnya, ayah long yang urus semua pasal pelamin tu sebab dia ada butik pengantin heh heh heh.

okeh hari ni saya nak cerita pasal my 2nd baby.

MITSUBISHI ASX.

bukan nak review pasal ni tapi nak luah perasaan, macam mana saya bole fall in love dengan this baby mitsubishi.

sebenarnya, dah lama saya impikan kereta yang kuat, canggih, sesuai dengan fizikal saya yang tinggi, dan ke hulu ke hilir bekerja. dah macam2 kedai saya perg untuk test drive. sampai muak ayah saya temankan saya pergi test kereta.

saya test yang ada possibility untuk saya beli jelah. saya pernah pergi try honda civic, toyota altis, kia forte, kia spectra, honda crv, bahkan bmw 5series tu. tapi bmw tu tak mampu lagi lah hahaha. duit tak banyak.

tapi semua kurang menepati cita rasa saya.

saya suka sangat lexus atau toyota harrier tu. tapi harganya hurmmm sedap juga nak bayar bulan2. lagipon harier dah tak keluar.

so saya pon memendam perasaan, dengan harapan, akan ada kereta yang baru keluar, yang menepati impian saya. kalu yang lain, tak perlulah saya beli, baik saya pakai myvi saya je. ( adik saya dah bising nak pakai myvi kesayangan saya tu ).

ok lah saya sebenarnya hampir2 membeli toyota altis 2.0 sport tu yang sangat saya teruja dengan gear nya yang ada manual dan auto sekaligus, serta ada paddle shift yang maen tekan2 ngan ujung jari je untuk tukar gear. hampir2 sangat sebab adik nak myvi saya. lagipon altis tu mata dia chantek gile and nampak mewah dan ganas.

tapi, tuhan sudah menentukan jodoh saya. hahahaha.

suatu hari, saya dan B saya pergi ke sebuah Giant untuk makan pizza. masuk2 aje, dap! hati saya terus terpaut dan jatuh chinta pandang pertama dengan sebuah kereta yang...susah saya nak gambarkan dengan kata2.

betapa terujanya saya, tapi saya cover lah nanti orang kata saya gila. saya tengok luarannya yang sangat tough. tak besar, tak kecik, tak rendah macam kereta biasa, tapi tak tinggi sangat macam lexus harrier tu. dalamnya, gear auto plus manua, paddle shift, ada screen touch boleh tengok dvd, reverse cam, dan bla3. kemasan interiornya sangat berjiwa muda dan bergaya. nampak ganas.

sampai saya lupa saya ada B time tu. bila B suruh bukak enjin, dia nak tengok, baru saya sedar B ada hahaha. pastu saya berdebar2 takut mahal. tapi bila diberi tahu harganya, hurrayyy!!! boleh beli boleh beli!

tak percaya saya. memang lebih mahal sikit dari altis tapi tak de lah semahal merc CLK yang ntah bla saya mampu pakai T____T.

dari situ, saya berkenalan dengan agentnya, Jijie, dan terus saya ajak ayah test drive di mitsubshi. memang saya suka sangat.

lepas saya pikir masak2, saya tak terus beli. saya rase sedih nak pisah dengan myvi saya T___T. tak delah pisah terus tapi pisah jugak lah kan. saya beli ni bukan sebab tak suka or tak sayang myvi saya. tapi sebab sayang lah saya beli ni. saya takut myvi saya rosak sebab jalan jauh hari2..
tengah hati saya gundah gulana tu, rupa2nya, mak saya dah pergi bookingkan Asx ni untuk saya sempena hari jadi saya yang ke 26.

mak bayar booking jelah rm1k. thanks mom. tapi saya marah jugak mula2, kalu tak jadi, burn aja. tapi mak saya kata, dia tau saya nak, and saya sesuai kereta tu. heh heh heh.

ok ok say pon proceed lah. saya pon sekaligus booking num TBD 6161 yang nampak macam GIGI tu hahahaha.

mula2, saya order putih sebab dah bengong tak tau nak warna apa. tapi, agent sorang lagi, Fatah call bagitau suruh tengok live yang hitam baru sampai dari kilang. saya pon ambik hitam. hitam itu menawan hahaha.

setelah loan saya lulus, saya pon bayarlah downpayment, hermmm agak gabak jugalah duit ni T____T.

nasib duit saving kahwin ada lagi tinggal. tak pe, pasni, tak guna dah duit simpanan. yang penting kawen tu. tak kan nak kawen dengan kereta kot?? oye, lupa, ada hantaran kan nanti. siap2 lah wahai cik B ku, berapa kah anda terkena?? haha

okay dah, ni kalu dah tua2, kot2 la saya dah pakai kereta laen, or what ever lah, semoga ni menjadi antara kenangan indah untuk tatapan di hari tua nanti, Dato' Dr Zatil oiii..

ok sudah sudah, bubbye, nanti saya akan buat review pasal ASX ni, di masa hadapan. kepada yang anta mesej nak tau tu, tunggu ye. saya sendiri pon tak abes belajar bawak lagi.

moral: bersyukur dan puas hati memiliki barang yang kita beli dengan duit sendiri, biarpon murah. nak tayang2 harta orang, not my type. ;). semoga murah rezeki untuk membuat rumah sendiri pulak lepas ni amin.....

1 comment:

  1. kita n hubby pun suka sangat kereta nih.. tapi tak berani nak beli lg.. selagi b tak sudah buat combine tak berani nak menambah commitment... cantik giler kan.. but belakang pun spacious. =)

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA