be friend of mine..

Saturday, June 18, 2011

petua bercuti ke Indonesia: part 1

salam and munik everybody..

apa ke hal pulak aku ni tetiba dah jadi macam tourist centre pulak ni hahaha. tak delah...untuk kesenangan orang2 yang bakal ke sana, atau pernah ke sana dan mengalami pengalaman buruk.

apa kena ada petua jugak ke? eii mestilah..ini berdasarkan pengalaman tau.

kalau tak nak susah kemudian hari, silala baca sampai bawah.

okeh, mula2, nak pergi, kena make sure pasport ada and expired datenya macam biasalah kena check. then tak perlu buat visa kalau nak stay kureng dari 30 hari. kalu sape2 bagitau dia wat visa nak gi indo memang gedabakk tipulah.. kecuali la nak stay lebih dari 30 hari kay.

hari ke 30 tu dah kena balik untuk keselamatan korang la kang terover stay pulak.

tiket pergi, ok lah ada. tapi tiket balik. mesti ada! even kita pakai airasia yang men check in tak de tiket pon, kita mesti print out itu tiket. ini pengalaman benar, kat sesetengah airport, imigresennya, nak tengok tiket balik kita, kalau tak, kita disuruh beli terus kat situ jugak yang sah2 mahal. tak paham aku. konon tak nak orang overstay la.

jangan tukar duit di airport. senang2, korang bawak sendiri yang dah tukar, and tanya kawan2 tempat tukar yang best kat sini. bukan apa, jangan rugikan duit kita. baik sedekah kat orang miskin sana nanti kan.

ada sesetengah taxi, bekerjasama dengan hotel2 yang boleh tahan berbintang2, dengan harga yang ada diskaun. check dulu before pergi dan tak salah kita ambik hotel ni sebab diskaun kadang2 banyak.

jangan risau pasal taxi kat sini sebab kebanyakannya memang cantik dan baru, bersih, nyaman dan berpatutan lah. pemandu taxi boleh dikatakan peramah cuma jangan tunjuk sangat kita ni tak reti.

nak jalan2, even nak try round naik beca dipersilakan tapi nego dulu harga dengan tukang beca nya. biasanya tak delah mahal sangat tapi kalu tak nego, naya la.


kalau rasa susah sangat, sila bawak kalkulator and kira berapa harga yang ditawarkan tu dalam RM. kalau rasa menyamai negara kita, jangan beli. biasanya harganya lebih murah. kena pandai menawar harga.

ok sambung la semula2.

moral : best juga pergi sana..

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA