be friend of mine..

Friday, June 17, 2011

saya suka makanan indonesia

salam. haihh!

saya dah start diet sebenarnya. dah 4 hari. dugaan betol!

dalam hidup saya, ni kali ke2 saya diet besar besaran. nak tau sebab pe? nak tunang punya pasallah!! herghh!

dulu time habis exam SPM, say berjaya turunkan 10kg dalam masa sebulan setengah. senang je saya makan ikan cicah kicap lada plus tomato je. tak pon cicah air asam. skali makan sekor ikan yang sedang. makan 6 ekor ikan sehari. heh cam kucing lak aku.

sekarang, saya start diet yang sama, tapi kelainan sikit, saya makan juga ayam panggang. atau tom yam ikan, tauhu, tempe dan susu diet SD II yang sedap gile.

susu ni ya rabbi mahalnye. seratus lebih satu tin. satu tin tahan seminggu je. tak pe janji jadik.

nanti kalu berkesan saya bagi tau ye.

saya tengah lapar ni jadi saya nak cakap pasal makanan! hahaha! saya suka makanan Indonesia! tapi tak semua lah.

nak tau apa saya suka?

1. ayam tempe penyet- korang jangan ingat dia letak ayam ngan tempe je. kalu kita gi kedai yang sedap, ada terung, ikan pari, tauhu, hati ayam, telur, ikan sembilang, dan ulam2 yang dipanggil lalapan. rasanya memang perghhh!! sedap gile sambal nye! saya dah belajar cara buatnye. sape nak resepi sambalnya angkat tangan! lain tau cara buat.



2. bakso- kat sini saya suka bakso bu etik. wow pure gile. dagingnya jelas terasa, makan pulak dengan suhun sebagai mee nya, siomay yang chewy, dan ada gorengan. ada jugak letak paru2 rebus. bakso macam2 style. ada yang letak telur puyuh dalamnya. senang cerita, memang sedap terutamanya di waktu hujan. supnya yang panas, letak cili kisar dan kicap. perah limau. makan tak tengok kiri kanan beb!



3. nasi goreng special- kat sini diorang pakai sejenis sos yang tak de kat Malaysia. saya tengok tapi lupa namanya. rasanya menyentap hati. makan pulak sambil ratah lada yang tak pedas sangat and acar timun yang rasanya manis2 masin. orang bodoh je kata tak sedap!

4. es buah- korang jangan under estimate mende ni. saya dulu ingat cam biasa je air baru kisar buah2 ni. tau dia letak apa? kek, avokado, jelly, nangka, dan buah ape tah lupa. arghh murah pulak tu! sedap sedap slurrpp



5. bubur ayam - ni femes kat jakarta tapi tempat lain pon ada jual. agak berkanji, tak ade banyak air cam kita punya, dimakan dengan halia masin, ayam, kicap, kacang, telur dannn keropok udang. breakfast yang heaven!

6. sate - dia tak pakai rempah cam kita tau. sate dia trus salut kicap, and bakar. tapi kuah dia mengancam beb. cam kari ade, nak kata gulai pon boleh. tak de kacang. nasik impit dia buat pakai daun pisang lagi tau. lembuuttt je. makan pulak kuah tu dah di campur bawang merah dan lada dipotong2. ada sate ayam, daging, kelapa. kelapa cane pulak? daging berlemak disalut kelapa yang berwarna kuning...



boleh stop dulu e? tak larat nak terliur la bila teringan waktu makan dia sana. nanti saya buat sambungan hahaha. yang penting, sana makan memang murah dan yummy!!
*gambar2 saya pinjam je sebagai contoh. gambaran sebenar agak lain dari saya makan tapi menghampiri lah.
moral: nanti kawen nak ajak B gi Surabaya lagi lah, nak makan makan dan makan!!

1 comment:

  1. mentang-mentang la penah blaja kat seberang...

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA