be friend of mine..

Wednesday, July 20, 2011

info: dental surgery assistant (DSA)

salam.

baru teringat pasal permintaan seorang pelatih DSA, yang menginginkan saya mengupas dengan lebih mendalam prospek kerjaya sebagai DSA ni.

DSA atau nama lainnya Pembantu Pembedahan Pergigian adalah kakitangan sokongan yang amat rapat dengan seseorang doktor pergigian.

orait saya akan mengupas mengenai kerjaya ni dari pandangan seorang doktor kay. kalau nak lebih banyak pandangan, mungkin lebih baik DSA juga yang huraikan.

DSA adalah kakitangan gred 17 hingga 22, yang di serap dalam sektor awam melalui SPA. kalau swasta, ikut institusi masing2lah. untuk menjadi seorang DSA, anda perlu memiliki sijil dalam bidang ini, yang dilatih selama 3 tahun.

kenapa saya kata DSA ni amat rapat dengan doktor? bukan sebagai pembodek e, tapi kerana tugasnya adalah melancarkan tugas doktor. DSA adalah tangan ke3, ke4, ke5, ke6 dan ke berapalah untuk doktor.

tolong sediakan barang, beri apa yang diminta, bancuh apa yang doktor nak, pokoknya, apa saja yang membereskan kerja doktor.

kalau saya pulak, DSA ni sebagai PA saya jugak. tolong tukar appointment la, tolong call itu ini sana sini, tolong sediakan barang2 kalau saya ada kursus what so ever lah.

DSA jugak memastikan bahan2 yang diguna sentiasa ada, tidak melebihi tarikh luput, mensteril barang2, menjaga agar tidak berlaku cross infection, melaporkan pada juruteknologi sekiranya ada yang diperlukan, dan macam2 lagi kerja lain yang sewaktu dengannya.

setiap hujung bulan, DSA akan menyiapkan dokumen kerja doktor, yang dipanggil reten. ada harian, bla3 sampaila bulanan. doktor? tengok, tanya2, sain. bagus betul hahaha.

DSA jugak akan mengekori ke mana sahaja doktor pergi untuk melakukan rawatan. di sekolah, di pusat pameran, ke klinik ibu dan anak, bahkan kalau doktor pergi makan.

pertama kali menjejakkan kaki ke klinik, korang akan disambut dengan DSA juga di kaunter. korang berleter juga DSA yang dengar. korang tak puas hati dengan doktor ke sebab tak nak cabut gigi korang yang sakit, DSA juga yang tolong dengar.

masihkah korang ingat siapa yang menenangkan korang sekiranya doktor nak inject korang? orang itu kemungkinan besar adalah DSA. macam2 tugas DSA ni. memang aktif.

DSA boleh dikenali dengan pakaian serba putih dan untuk perempuan, ada line oren. macam nurse la tapi line tukar kaler oren. dan lelaki, line oren secalit di bahu untuk gred 17 dan gred 22, ade 2 calit. sama cam perempuan, gred 22 ada 2line rapat. kira boss DSA la tu kan...

okay nak cakap pasal DSA saya lak.

saya ada 2 orang DSA lelaki dan seorang DSA perempuan. sekarang yang perempuan sedang cuti bersalin. jadi sememangnya 2 orang ni la yang ikut saya, secara tak langsung jadi bodyguard tak bertauliah.

saya bersyukur kerana DSA saya memang menyenangkan hati, cergas dan rajin bekerja. cuma kalau seorang yang nakal2, memang saya gertak. saya suka guna pendekatan, tegur yang biar dia tak tersentap tapi makin hormat pada saya.

dan sejujurnya, saya tak suka kalau ada DSA yang berlagak tak tentu hala. terutamanya yang merasakan sudah lama bekerja atau kerja dengan pakar. yang pakar tu adalah doktor ya bukan awak. awak mungkin cuma kerja dengan doktor pakar. bukan automatik awak jadi DSA pakar.

alhamdulillah, dekat Setiu ni, walau se senior mana pon DSA nya, saya tengok amat menghormati atasan. sebenarnya bukan nak dihormati sampai tunduk2 pon. cuma hormat dengan cara buat kerja betul2, dan bercakap dengan baik. itu sahaja yang di harapkan.

untuk tahun lepas, dengan bangganya saya mencadangkan pekerja cemerlang saya dari kalangan DSA. bukan yang lain tidak bagus, tapi DSA yang sorang ni memang paling bagus. alhamdulillah, hari ke hari saya tengok setiap staff saya makin bagus bekerja. even yang sebelum ni ada rekod teruk dari doktor2 sebelumnya, dengan saya, dia berubah.

mungkin saya ni doktor yang caring kot? hihihihihi.

okelah malas nak masuk sampan dayung sendiri, saya akhiri dengan bubbye, assalamualaikum.

moral: saya sebenarnya memang caring, tapi yang paling penting, saya agak garang dan tak suka orang tak ikut cakap saya. menurut kata PPK saya yang hensem sorang tu.ape2 jelah ~ janji hepi and klinik kita jalan~~

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA