be friend of mine..

Wednesday, July 20, 2011

info: ubat gigi berfluorida- intro

salam.

hari ni Terengganu cuti! hoyee! maka saya dengan seronoknya berehat2, bermalas malasan, dan cuba menghabiskan masa dengan bermalasan sebanyak mungkin.

seperti yang dijanjikan, saya akan memberi informasi terkini tentang ubat gigi berfluorida. tapi saya kena bagi banyak segmen la. nak uraikan habis2 hari ni juga, mati kekejangan la jari jemari i yang runcing ni hohohoho.

okay.

KENAPA KITA MESTI GUNA UBAT GIGI BERFLUORIDA?
sebabnya senang saja. supaya gigi kita susah nak berlubang. dalam bahasa manusia, mengeraskan gigi la.

BERAPA KALI NAK GOSOK?
sebaiknya 2 kali sehari



FLUORIDA NI BAHAYA KAN?
fluorida ni ibarat api. kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. tapi nak mencapai tahap overdose tu adalah payah sekali. jadi fluorida yang ada dalam air paip kita , dalam ubat gigi adalah dose yang sangat rendah, dan baik untuk gigi. macam korang makan nasik ayam la. makan banyak sangat, boleh ati kekenyangan jugak kan?

KANAK-KANAK MACAM MANA?
tak dinafikan, ramai pengguna yang tertipu dengan iklan ubat gigi, yang memprovokkan bahawa fluorida itu bahaya. cakap cam orang tu boleh mati kalau guna ubat gigi ada fluorida. ada ke patut?
untuk kanak2 usia 1-3 tahun, gunakan secalit saja ubat gigi,
dan dibawah 6 tahun, sehingga sudah pandai meludah, disarankan ubat gigi sebesar kacang pea ye. untuk orang dewasa sukati korang la nak letak ubat gigi atas berus gigi sampai 3kilometer pon, janji korang hepi.

HALAL KE FLUORIDA?
seperti yang kita ketahui, fluoride ni adalah bahan semula jadi, yang ada dalam batu batan mineral. apa2 mitos yang mendakwa ia dihasilkan dari tulang, adalah agak rumit. kerana, untuk menghasilkan fluoride dari tulang, mesti melalui proses pengekstrakan yang panjang, mahal, cerewet, dan hasilnya cinonet aje. baikla dorang amek je dari batu mineral kan senang.

dan seperti kata Prof Nas dari UM, fluorida ini juga terkandung dalam air zamzam, dengan kandungan 0.7mg/l kalau tak salah saya la angka tu.

jangan risau. semua itu sudah dipantau oleh jakim.

orait, ini baru intro. nanti ada masa panjang lagi, saya updatekan dalam belog saya ni.

moral: orang sekarang suka percaya mitos, dan membiarkan diri mereka dalam kerugian. kerana itulah Allah menyuruh kita untuk mencari ilmu supaya kita tak jumud dan jahil. wallahualam

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA