be friend of mine..

Friday, July 15, 2011

majlis pertunangan I 9julai2011

salam.

tak best rasa nak update pasal ni. sebab gambar tak siap lagi. geramnye!

dah seminggu dah ni. tapi tak pelah, nak buat camana photog ade hal. sabo jelah.

esok genapla saya seminggu bergelar tunangan pada seorang lelaki yang paaaling saya sayang di dunia ni. selain ayah dan adik2 lelaki saya lah hihihi.

saya nak kata excited sangat. tak de pon. nak kata berdebar, langsung tak de. nak kata haapy pun tak de juga. rasa sama je??

mula2 risau juga, kot2 la deria rasa saya dah hilang. tapi sebenarnya bagis juga. tak delah happy tak tentu pasal kan. may be rasanya akan muncul bila dah kawen kot.

malangnya, saya belum tentukan tarikh nak melangsungkan perkahwinannya. banyak sebab. saya sibuk, B sibuk, especially nak sambung study ni, dan yang paliiing penting. ayah saya sangat super duper sibuk.

untuk pengatahuan , majlis tunang saya ni, sepatutnya 27julai. tapi terpaksa diawalkan sebab ayah busy. dan majlis 9julai ni pon, 10 julai keesokkan harinya, ayah saya dah out station. apa boleh buat, berkhidmat untuk negara. hahahaha

sekarang ni kat jari manis saya, ada sebentuk cincin yang not bad nya lah cun nya. ia mengingatkan saya pada tunang saya yang nun jauh di mata tapi sentiasa dekat kat hati. yang sanggup melayan kerenah saya yang bagai ni. harapnya dia ingatlah saya ni tunang dia.

masa majlis tunang tu, mak saya menjamu tetamu dengan 2 set hidangan. satu, set nasi minyak, gulai kambing, ayam masak merah, acar buah, acar timun, sambal belacan dan puding. set kedua, nasi, gulai telur, ikan singgang, budu, ulam2, tembikai. cenderahati pulak, roti. mak saja buat kelainan. hahaha.

mak aih, saya intai2, dahsyat jugak tetamu makan. sedap eh? hihi. untuk masakan ni semua, mak tempah dari 3 tukang masak yang terhebat yang dia kenal. memang saya makan pon rasa sedappp sangat. tapi tak leh makan banyak sebab penat2 saya diet huhuhuhu.

dan seekor kambing yang tanduknya eii takut tengok sudah ke syurga kerana menjadi korban demi tetamu2 yang dihargai. hihihi

dan juga, mak saya dapat bantuan dari jiran2 baiknya untuk mencari tempat2 masakan yang best.

seminggu sebelum majlis, pelamin dah siap dipasang kat rumah saya. mini aje. tapi balik je saya, saya nak mak ubah sikit, pas bincang2 dengan mak, sehari sebelum majlis, pelamin di touch up lagi. hinggalah hasilnya memuaskan hati saya sket.

untuk hantaran, seorang kawan mak, aka cikgu BM saya darjah 6 dulu, cikgu Azmi yang buatkan. dia sangat terer. dan tak berkira. tema, merah putih, dan ada bunga segar. B pulak tema ungu putih.

malam sebelum tu, saya terpaksa pakai inai huuu..tido pon semacam je rasa. adik saya yang pempuan tu yang lukis inai. kitorang kebas inai mekah yang jiran depan rumah bagi hari tu hahaha.

make up? ni pon cikgu juga yang make up. Cikgu Nisah. saya panggil kak sah saja. dia ni ada butik pengantin. saya suka sebab dia pakai alat mekap yang bermutu. kak sah juga jadi antara pengiring saya ke pelamin. selain kak sah, my only sister, Atih menjadi pengapit pemegang kain saya dan che long saya akan berada di belakang tetamu, betul2 menghadap pelamin, untuk memberi arahan pada saya dari jauh. yelah kan, bila sorang2 kat pelamin, tak de guide. so dia yang tunjuk, duduk tegap, betul selendang, duduk tengah2 macam2 lah.

dan saya rasa cam artis je time tu ramai nya orang amik gambar hiiii malu lah hihihihihihi.

petang tu, bila semua orang dah balik, tunang kesayangan saya datang, nak tolong susun meja sementara orang lori datang angkut meja. saya dengan dia je buat, kena dera huhuhuhu. tak pelah, nak buat cane kan hahaha. B nampak hepi. saya? cam biasa suka bebel2.

lagipon dia juga yang kata, kalau sehari tak dengar saya bebel, dia akan rasa ada yang tak kena. rasa tak senang hati. jadi terpaksa lah saya bebel kan?

moral: selamat bertunang untuk diri sendiri! nanti saya upload gambar bila dah ade kay

1 comment:

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA