be friend of mine..

Friday, August 19, 2011

info: camana nak buat suami atau pasangan kita berhenti merokok?

salam!

malam ni sedap la berbelog. theehehee..ujan rintik2..suasana tenang. yang paling penting..esok keje huhuhu tak de masa nak online lama2 lagi..

okaylah, ni masa saya pergi sekolah hari tu, saya dapat soklan dari dari seorang cikgu perempuan. well, jawapan saya pada mulanya, mestila susah nak buat orang yang dah ketagih ni berhenti. kan?

yang paling penting, NIAT dari si perokok tegar ni nak berhenti. mesti ada kemahuan. baru la semuanya jadi, dengan bantuan isteri kan.

tapi, yang menjadi soklan isteri adalah, camana nak memotivasikan suaminya? aiyayaya...

ok ok...

ini antara yang saya boleh share..sebab tunang saya dulu perokok tegar juga ya..tapi alhamdulillah, dengan saya, dia berhenti.

1. TANYA PASANGAN, DIA NAK BERHENTI ATAU TIDAK? - jika dia jawab ya, senang sket keje kita. jika jawab nak tapi tak tau bila, nanti kita fikir. jika dia jawab tak nak, tu yang palingg susah.

jangan putus asa...

2. TOLONG DIA TETAPKAN WAKTU NAK BERHENTI. contoh, lepas raya. atau, ulang tahun kawen ke...berape2. kalau dia setuju, ok. kalau tak, maknanya dia sebenarnya tak nak.

jadi, kita teruskan pada tak nak..

3.AGRESIF. BUANG ROKOK, ASHTRAY, LIGHTER DAN SEGALA PERALATAN MEROKOKNYA. dia akan marah kan? tak pe teruskan. dia beli, kita buang. dia beli, kita buang. dia beli lagi, kita buang lagi. mungkin kita boleh bagi amaran pada mamak yang jual rokok untuk tak jual pada laki kita. pandai2 la

4. KORANG BOLEH AMALKAN SEPERTI IKLAN DI BAWAH:



5. ALIHKAN PERHATIAN PASANGAN DARI ROKOK. bawak dia bersukan, beriadah, buat aktiviti lain, tu terpulang krativiti masing2.

6. PUJUK DIA. cakap pasal kesihatan korang, anak2, apa korang suka, tak suka, dan semoga kalau dia sayang kita, dia akan cuba menggembirakan kita

7. PERHATIKAN KAWAN2NYA. kalau kawan pon merokok bagai nak rak, payahla sket. takkan nak halang dia berkawan pulak. kawan2 bukan penghalang sangat. tak perlu risau. yang penting tengok kawan2nya, jenis ajak ke tak. kalau jenis ajak, ikut sekali dia keluar. mesti dia boring, and tak nak kuar lagi dengan kawan yang tu selalu.

8. BUAT KIRA2 JUMLAH PEMBELIAN ROKOK SEBULAN DAN SETAHUN. tunjukkan pada pasangan. pastu buat2 la muka kesian.

9. REVERSE PSYCHOLOGY. pas makan, berikan dia sekotak rokok yang dah di susun cantik2 dalam gelas, dalam 10 batang, siap dah dicucuh semuanya. tinggal suruh dia isap je. dia tengok tv, bawakkan rokok , susun dalam piring, dan letak sos cili di atasnya, dan secawan kopi. sebagai pengganti kuih. ni atas kekreatifan sendiri.

10.BERDOA pada tuhan. semoga di bukakan pintu hatinya untuk berubah.

moral: yang paling penting, isteri mesti bermotivasi jugak. nak ubah habit orang ni payah. kalau sendiri cepat give up, pastu tolongla tak payah bising2 suruh suami berhenti merokok. ada juga hangat2 sh*t ayam je. dalam hati, tak kisah pon suami merokok.



No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA