be friend of mine..

Saturday, September 10, 2011

info: cara mengawal gangguan jiwa dan kemarahan

salam.

di keheningan malam macam ni..rasa terbuka pintu hati nak share sesuatu yang baru saya pelajari minggu ni.

biasalah manusia, jika ditimpa musibah, akan rasa lemah, dan kembali kepada Tuhannya..

source from google

opss bukan la bermakna saya tak ingat Tuhan. cuma lebih ingatkan..berbanding hari2 sebelumnya..

saya akui...selama ni..rasanya hidup saya dipenuhi dengan bekerja..saya memang minat bekerja..malah, dulu, lebih teruk dari sekarang..sekurang2nya, sekarang saya dah memperuntukkan waktu hujung minggu iaitu hari jumaat adalah hari cuti sepenuhnya bagi saya..inilah yang melekakan saya. saya kurang bergaul, kurang luangkan masa dengan family, kurang beri perhatian pada orang tersayang..hinggalah..Tuhan memberi peringatan kepada saya.

sesungguhnya..ujian yang melanda benar2 mengingatkan saya, yang saya tak mampu berdiri sendiri. lebih2 lagi tanpa sokongan soulmate saya. orang ramai ingat saya bersedih atas kejadian yang menimpa kereta kesayangan saya. tapi hakikatnya bukan itu yang utama. kereta masih boleh dibaiki. tapi, manusia? susah dan mustahil dapat dibaiki.

saya tak nak sebut pasal kesusahan yang menimpa saya sebab melupakan membawa kebahagiaan pada saya. sepanjang minggu bercuti ni, saya luangkan masa bermanja dengan mak saya. dan bila saya rasa teringatkan peristiwa menyakitkan hati tu, saya akan marah dan sedih.

jadi, bila saya sedih, inilah yang saya amalkan..hasil tunjuk ajar tunang saya tersayang.


source from google

" minum air sejuk, istighfar 7 kali, baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali, tarik nafas dalam2 melalui hidung, hembuskan keluar tingkap melalui mulut, dan tarik nafas dari luar tingkap dalam2"

ini sangat menjadi..cubalah.

dan bila saya marah, saya cuba petua ni.

sourse from google

1. tarik nafas sedalam2nya, hembus. tarik lagi, hembus sampai dada rasa lega. macam marah tu kuar dari hidung rasanya.

2. basuh muka dengan air banyak2. nak mandi selalu memang malas. basahkan belakang tengkuk dengan air paip yang sejuk tu. basahkan ubun2 kepala kita.

3. jangan cakap sorang2..jangan layan diri sendiri sebab akan makin buruk. dada akan rasa makin panas. saya suka call tunang saya. dan dia akan cakap sesuatu yang menenangkan. jadi, hubingilah orang yang paling kita rapat dan sayang kita sepenuh hati. dalam kes ni saya tak call mak saya sbb dia akan susah hati dan dia pulak yang tak boleh tido pikirkan kita.

4. baca quran, selawat, dengan sepenuh hati. bukan mulut je sebut tapi hati meledak2 marah

5. pergi cari ketenangan. boleh pergi pada kawan2 yang menggembirakan kita. pergi berkawan. alhamdulillah saya ada ramai true friends rupanya. alhamdulillah..inilah hikmahnya, saya lebih mengenali kawan2 saya.saya selain tu, saya pergi tido hotel dan spa skali tuk cari ketenangan. sebab saya rasa damai bila berada di ketinggian. saya akan tengok pemandangan alam ciptaan Tuhan dan muhasabah diri saya.

6. reward diri. saya rasa ni lah masa yang sesuai untuk belikan sesuatu untuk diri kita. masa membawa hati yang lara hari tu, saya pon ada beli hadiah untuk diri sendiri. sebab seingat saya, saya asyik kerja dan kurang merasa hasil titik peluh saya. saya gembira dengan cara ni. bergantung individu tak tak perlu mahal2.

saya rasa sampai sini dulu..

source from google

sekian, terima kasih sebab sudi baca. love u'olls muach!

2 comments:

  1. Dr. Zatil, memang setuju ttg cara yang istighfar 7 kali dan baca bismillah 21 kali. Saya juga pernah amalkan. Alhamdulillah dpt melegakan hati yang gusar. Menghadap Tuhan adalah penyembuh jiwa yang paling mujarab. Dengar ayat-ayat suci Al-Quran pun boleh meredakan kemarahan. :)

    Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.

    p/s: Eh,eh terpanjang pulak kumen kali ni. HEHEHE

    ReplyDelete
  2. xpe. nak wat jadi entry blog sekali lg pon xpe hihi. ye. betul tu. 1 lg, cuba la kita gembirakan hati org lain. insya allah, kita akan tenang

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA