be friend of mine..

Friday, September 30, 2011

info: tips belajar 'last minute' cara saya^^

salam..

saya dah lama nak share mende ni tapi takut orang kata saya perasan.

tapi saya rasa mende baik ni, tak payahla simpan sorang2 kan.

well, cara yang saya nak bagi ni mungkin tak boleh diaplikasi oleh semua orang. yela, lain orang, lain kemampuannya.

ok, saya ni jenis malas study awal2. sebabnya, banyak lagi mende lain nak buat hahaha. dulu, nak kejar requirement clinic lagi, nak berinteraksi dengan pesakit, nak buat itu ini..jadi study week yang diperuntukkan saya guna sepenuhnya.

source from google
dulu, study week yang diberi adalam seminggu.
jadi saya akan buat study week saya sendiri iaitu 2 minggu. sseminggu sebelum study week adalah minggu saya mengumpul semua koleksi nota, setiap bab yang diberikan oleh lecturer termasuk soalan2 yang boleh buat latihan.

  • tengok jadual exam. kira jumlah semua mata pelajaran sebaiknya.
  • peruntukkan sehari penuh untuk membaca setiap mata pelajaran
  • baca dengan khusyuk semua topik di dalamnya
  • masa baca, sila highlightkan yang penting
  • jangan sesekali buat nota ringkas seprti menyalin semula nota yang ada
  • buat nota ringkas mengikut daya dan cara penerimaan otak kita. kalau saya, peta minda yang tulisannya saya je yang faham hahahaha

ok, dah habis seminggu mungkin untuk membaca semua notes tersebut?
minggu ke2

  • ulang balik, kali ni hafal sebetul2nya dan FAHAM setiap isi nota tersebut. jangan salah faham tau. itulah pentingnya minggu pertama, iaitu untuk memahami
  • hafal dan pecahkan peta minda menjadi lebih kecil. kali ni memang banyak kertas yang diperlukan dan pen warna warni haha
  • saya suka conteng belakang nota saya yang kosong tu. saya suka koyakkan nota yang saya print out kepada kecil2 mengikut topik atau sub topik.
  • bila dah hafal, sila uji hafalan korang. kalau tak ingat, hafal lagi dan buat la cara2 mengingat yang penah kita belajar masa kem motivasi dulu.
  • jangan ambil masa terlalu lama untuk setiap bab. 
  • praktikkan untuk hafal dan ingat balik time korang tengah mandi ke, time dalam cab ke, time tunggu ape2 lah..
  • jangan suka borak kosong, gelak2 tak tentu hala, duk diam2 and bayangkan apa yang dihafal. time tu korang akan tau mana korang miss
  • buat latihan sebanyak banyak banyak banyaknya before tido. jangan tipu diri sendiri. tak leh jawab, baca lagi and lagi and lagi. jangan tidur lewat malam. 
  • akhir je minggu ke 2, stop!
ok, tinggal sehari lagi nak exam kan?
  • buka balik notes matapelajaran tu, baca dan hafal secara extreme sampai malam nak tidonya. buat latihan sebanyak mungkin kalau boleh. tido dengan tenang. 
pada hari exam
  • tak payah gatal kaki nak cakap2 or bincang2 dengan kawan2. nanti korang akan stress and gabra bila dapat tau ada yang korang tak tau. nanti korang tak dapat buat yang terbaik time exam.
  • jeling2 sepintas lalu je notes ringkas korang. time ni adalah time untuk menguatkan memori pada short form yang korang dah reka untuk hafal sesuatu. 
ok..dah faham belum? tak faham, tanya. eh dah cam cikgu pulak kuikuikui

bagaimanapun, taktik diatas hanya sesuai untuk subjek yang nak perlu hafal saja.


kalau MATH, cara last minutenya tak lain tak bukan, buat latihan sebanyak banyak banyak banyak nye berpandukan nota yang betul. buat sampai muntah.

ok adik2. cara ni memang agak extreme dan boleh dikatakan sampai boleh muntah. tapi cara ni berkesan. korang muntahla dulu, nanti pas exam. enjoy!!
sebaik2nya, study la dari awal. tapi yang ramainya, memang malas lah kan hahaha.

kalau nak bukti cara ni berkesan, saya tak boleh la bagitau. karang kalau saya bagitau, dah la korang muntah belajar last minute ni, plus muntak baca statement tak boleh blah saye ni hahaha

selamat mencuba dan semoga berjaya~~

moral: jangan lupa, minta mak ayah kita doakan. dulu, tiap kali saya nak exam, malamnya setiap malam ayah akan buat solat hajat untuk saya, dan pada hari exam, my mom akan baca surah Yaa Sin, sira Anfal, dan banyak lagi surahnya, yang dia dah buat satu buku. bila kitorang nak exam aje, mak akan haipp! duk bersila dan habiskan semua surah2 yang perlu diba, sambil membayangkan wajah anak yang sedang ambil exam tu. sapa yang nak koleksi surah tu boleh minta dengan saya. mak saya ambil pon dari seorang ustazah yang anak2nya semua berjaya. kita pon perlu berdoa..tapi bagi saya..mak ayah jangan lupa..sebab kuasa doa mereka hebat dan dimakbulkan Allah.. insya Allah...

2 comments:

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA