be friend of mine..

Monday, September 19, 2011

resepi: ketam sweet sour sepantas kilat

salam.
allu .jangan akak2 puan2 kutuk saya kerana mempost entry yang adoihh ni.
ni saya post SPESEL tuk adik2, kakak2, abang2, yang bujang biasanya, yang nak masak sepantas kilat dan lain sket dari kebiasaan iaitu : MEE MAGGI.

rasanya dijamin sedap, dan costnya, murah jika korang :
1. beli ketam tu ketika promosi
2. beli ketam di tempat peraih. sama panik dengan peraih di jetty nelayan, sama2 sibuk tapi korang hanya beli 2 ekor saje. - ini serius sebab saya suka juga beli di jetty, ketam bunga, yang obes, tapi murah!
3. ketam di pow dari kawan2, mak, atau dari umah akak korang

okay, bahan2 yang mesti ada:
  1. seekor ketam bunga atau ketam bintang yang sihat, sebesar telapak tangan orang yang besar haha - ikut suka korang la pasni nak buat camana, ni bahan2 cukup tuk ketam ni sekor la
  2. sebiji bawang bombay ukuran sedang-chop
  3. bawang putih 2 ulas di chop
  4. beberapa biji cili padi- ikut suka korang. kalau nak cili yang biasa pun tak pe-chop
  5. halia 3cm-chop
  6. nanas potong kiub
  7. sos cili 6 sudu
  8. garam gula perasa secukup rasa
  9. minyak la sket tuk menggoreng dan tumis
cara2 pantas kilatnya:
  1. bersihkan ketam, ketuk2 perlahan2 supaya pecah2 sket senang nak makan
  2. goreng ketam api sedang 3suku masak
  3. minyak goreng ketam tu, secukupnya, tumis bawang, bawang putih, halia, cili, sampai kuning2 coklat.
  4. masukkan nanas, dan sos cili kacau2 . nak banyak sos tak pe
  5. dah masak, masukkan ketam dah goreng, kaup balik sampai masak
  6. rasa2 la sedap ke tak. kalu ta cukup rasa, tambah la garam ke, gula ke, perasa ke sampai korang puas hati. jangan letak awal2 sebab sos cili dan nanas dah ada rasa. rasanya mestilah masam2 manis dan ada pedas2 skit.
tomato ganti nanas ok juga
tada~~ makan dengan nasik panas2 atau ratah saje yumsss!

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA