be friend of mine..

Wednesday, September 28, 2011

resepi: sarak lada ? solok lada

salam.

ini entry saya buat time kursus ni..haha..mengantuk lah...rase kembang kepala ni.

saye buat sendiri~
tau tak sarak lada/solok lada. apa beza nya? sarak lada tu .(sebutannya sarok lada) adalah dipakai guna namanya di Terengganu kalau solok lada pulak, Kelantan.

tapi makanannya adalah sama.

sarak lada ni biasanya makan dengan nasik kerabu, tapi boleh jugak makan dengan nasik putih dengan ikan goreng ke ayam goreng ke. sekali sekala rasa tak nak makan berkuah kan.

okay jom masak!

bahan2:

  1. lada hijau yang besar tu. so far tak penah tengok orang pakai capsicum lagi. kot2 korang nak try, silakanlah
  2. isi ikan selayang or ikan kembong. 2 ekor yang besar. isi mentah tau.buang semua tulang. karang tercekik laki kau makan
  3. bawang merah 3 ulas
  4. kelapa parut yang fresh , sebelah biji kelapa
  5. garam, sedikit air asam jawa, gula
  6. santan pekat yang baru perah. hahaha. kalu dah lama perah tak boleh ke? boleh je kalu tak basi
cara buat:

  1. korang ada lesung batu? sila la tumbuk isi ikan, kelapa parut secara berasingan hingga lumat. 
  2. tumbuk pulak bawang merah tu sampai lumat, then masukkan yang isi ikan dengan kelapa parut lumat tadi, tumbuk lagi sekali sampai sebati
  3. keluarkan, campurkan dengan garam, air asam jawa ske dan gula. dalam sesudu kecik. rasa2 la sket hohoho
  4. sumbatkan dalam lada yang dah dibersih, dibelah memanjang macam poket tu, sampai kelihatan macam yang biasa dah korang tengok
  5. then ambik frying pan.susun hasil sumbatan korang tu. then tuangkan sedikit santan kat atasnya. agak2 sampai sepertiga tenggelam je.
  6. masak atas api perlahan sampai santan kering. jadi, masakla
  7. bolehla hidangkan
amacam, senang je kan? ke ada yang ngaku leh wat sambil pejam mata? pejam mata ok lagi, harap ada yang tak kata, boleh buat dengan kaki. bukan ape, takut sarak lada korang jadi bau masam or bau stokin je huahua

moral: kalau ade mak mertus org pantai timur, leh la korang cuba2 nanti kalu dorang suruh, tak dela korang wat guna capsicum pulak

k bye~~muach!

2 comments:

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA