be friend of mine..

Monday, September 19, 2011

info: "gigi anak akak hitam!"

salam.
hari ni saya ambil annual leave sebab nak bawak my mom pergi buat USG kat Hospital Sultanah NurZahirah.
tapi habis awal la pulak. kenapa? sebabnya hari ni saya tak menyamar kot? sebab saya adi diri sendiri kot.
tak pelah tinggal la kisah tu. yang penting hari ni saya boleh la berehat2 dan bermalas-malasan kat rumah. jadi saya jenguk la blog ni kejap.
ada satu soalan dari seorang mak, yang bersungguh2 saya tengok mukanya. "doktor, kenapa gigi anak akak ni hitam? dah puas akak tenyeh tak nak hilang. gigi lain akak tengok ok. yang depan aje ni hitam legam."

hihihi...siyes gile akak ni saya tengok. ok , saya tanya akak ni, "dulu masa akak kecik2 gigi akak macam ni tak?"

boleh lak akak ni jawab, " akak tak ingatla doktor. tapi kalau doktor serius nak tau, akak boleh call mak akak tanya dia sekarang." herkkk?!

aiyyoo akak, tujuan saya tanya ni, sebab nak bagi akak ni recall balik ingatan nya, kot2 la teringat giginya zaman kecik2 dulu. sebab saya nak bagitau, mende ni BIASA LA JADI KAT BUDAK KECIK. hihihi..dah akak ni terlampau serius pulak. saya kena cakap direct lah.
ini namanya 'rampant caries'. karies gigi susu yang biasa terjadi kerana minum susu. 
budak kecik kan minum susu. tak salah minum susu, memang digalakkan pun.

tapi, amalan2 sampingannya yang tak betul tu yang mesti dihindari.

1. MASA TIDUR JANGAN MENYUSU. ni lah selalu dibuat dek mak bapak ni. agak2 kot2 budak kecik tu terjaga, terus leh nyonyot susu? tak tau la saya sebab tak de anak lagi. or parent nye lupa nak ambik balik? or tak sampai ati nak tarik botol susu tu takut anak terjaga? kalau memang anak suka isap botol time tido, ganti air kosong.

2. JANGAN TAMBAH GULA. dalam susu formula tu dah banyak gula kot. tak yah la tambah. sebab budak2 ni tak rasa pon. susu memang tawar lemak2 rasanya, manis2 sket dengan gula yang dah sedia ada dalam susu. 

3. DIRECT BREAST FEEDING. setahu saya, yang dikatakan breast feeding betul2, adalah direct dari mummy pada babynye. tak de istilah pam2 perah2 simpan2 then nak baru kasi anak dalam botol. tapi, memandangkan mummy sekarang kebanyakannya bekerjaya, tapi nak bagi susu ibu jugak, silakan tak salah. cuma, make sure jangan bagi isap sambil tido, and bila free, banyakkan bagi direct je. 
4. RAJIN2 BERSIH GIGI. ada banyak berus gigi untuk bayi dan kanak2. macam2 kartun lagi kat pemegangnya. banyak bentuk pulak untuk memudahkan handling. pilih yang sesuai dan guna. susah2 sangat pakai towel, gosok gigi anak yang baru tumbuh gigi tu. malam2 before tido, ajak anak2 sama2 dengan mummy daddy nye, gosok gigi ramai2 depan cermin. anak2 suka, dan tak rasa terpaksa. mummy daddy nya pon gosok sama.
pooh?
ulat ke ni?

rabbit!
ada tom, bunny, girrafe,bear? and?
pakai kat jari..jangan salah~
tada,~~ 2 side toothbrush..
5. PEMERIKSAAN RUTIN KE DOKTOR GIGI. kalau kanak2 boleh je nak jumpa jururawat pergigian. nak puas hati lagi jumpa dentist. 6 bulan sekali, seawal mungkin untuk membiasakan diri dengan klinik gigi dan dentist. 

gigi yang baru je berlubang, masih boleh ditampal. 





bubbye~





No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA