be friend of mine..

Saturday, October 29, 2011

anak derhaka zaman moden

assalamualaikum, selamat pagi, good morning readers semua...

pagi ni , saya nak share punca anak derhaka, yang saya petik dari facebook Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..

  1. suami isteri tidak baca doa ketika bersama- bila kita tak baca doa, jadi yang turut menyertai kita adalah syaitan. jadi anak, tau2 jelah mesti ada share perangai 's' tu jugak nauzubillah
  2. sewaktu mengandung ibu ingkar perintah Allah. -anak dalam perut mak dia ni ada bond yang kuat. apa yang mak dia makan, dia makan. apa yang mak dia buat, dia join sama la besar nanti...
  3. ibu kurang doa untuk dapat anak yang soleh- ayah pon mesti doa juga. tapi doa ibu ni memang cukup hebat.
  4. rezeki yang tak berkat- isteri2, tolongla ambik tahu betul2 halal ke tak punca pendapatan suami. jangan tak tahu, ada yang saya kenal, dia tak sedar pon pendapatan suami dia tu tak halal. tau dapat duit banyak, jadi. jangan kena tipu hidup2. kita kena cerdas demi anak kita.
  5. suasana rumahtangga yang kurang harmoni dan tak islamik- ni semua orang pon tahu macam mana akibatnya kan
  6. ibu juga pernah derhaka pada ibu mereka- jadi, buat baikla dengan mak kita...
  7. jahil tentang ilmu keibubapaan- jangan anggap kita beli buku berlambak2, dah cukup ilmu keibubapaan kita. orang dulu2 semua belajar dari teladan..tak salah nak beli buku, baca, tapi mestilah amalkan dan mesti bijak fikir untuk sesuaikan dengan anak kita.
  8. rutin harian yang negatif- negatif ni boleh macam2. may be cara hidup nya. parent tak kisah anak2 balik lewat malam, open minded kononnya. tak ajar anak cara kehidupan yang baik, tak amalkan makan bersama...
  9. anak terlalu dimanjakan- kecik2 lagi dah ikut semua kata anak. jadi anak ni rasa sentiasa diikuti. diorang akan hilang rasa hormat pada ibu bapa diorang.
  10. anak terlalu mewah- budak2 tak boleh terlalu mewah. saya dulu pon, nak apa2, mesti usaha sendiri. contoh, kalau saya nak sesuatu, mesti ada ganjaran yang boleh saya bagi pada mak ayah saya, contohnya selalu dapat markah 80% ke atas dalam semua subjek, selalu dapat top3 dalam kelas, selalu menang pertandingan....macam2...ini tak, budak2 sekarang, dah dibeli handphone canggih2, beli ipad, ps3, psp macam2..tak salah...tapi ingatlah...bersusah2 dahulu, senang2 kemudian..buat apa anak2 ada semua ni? nak menunjuk? adik bongsu saya, semua dia ada. handphone, laptop, psp, tapi semua atas usaha dia sendiri...hasilnya...dia memang antara murid yang bijak dah cergas di sekolah. tapi, semua tu dia tak guna sangat pun kecuali henset sebab selalu pergi ke luar sekolah, nak call ayah suruh datang ambik. psp dia main cuti sekolah je. laptop bila nak ym dan skype dengan atih pasal kerja sekolah..
  11. anak tak dididik dengan kesusahan- saya pernah jalan kaki, beberapa km masa kecil dulu, balik dari sekolah dengan maid saya. saja parent nak saya rasa susah. saya pernah kena ikut ayah tengok orang menuai padi, rasa panas dan gatal. saya pernah makan ikan kukus aje..sebab ayah guna banyak duit masa sambung belajar masa saya kecik dulu...hasilnya..saya rasa tak nak hidup susah..
  12. anak tak tahu bersyukur- dah banyak sangat kesenangan, kita akan rasa tak syukur. tak perlu susah2, kadang2 bila kita tak ada air dan sangat dahaga, baru kita sedar..betapa nikmatnya air kosong tu..
  13. ibu sering menyuruh anak melebihi dari sekali sejak kecil- yang ni saya tak berapa faham.mungkin kalau kita selalu suruh di luar kemampuan kita, anak akan memberontak. dia akan stress sebab tak pandai buat.
sekian...alamak, korang bosan eh dengar cik Zatiel ni bebel? ok lagu ni untuk kita renungi..
muachxxxx!

4 comments:

  1. tang part me'manja' kan anak anak tu betul, kalau dah dari kecik lagi dok dapat tv dalam bilik,
    sure bebesor besok tak nak turun dinner ngan mak bapak dah nyer lah...

    'mak tinggal la aper yg patut, kan adik turun lah makan'
    gitu gitu jer...

    macam mana keluarga bahagia nak berkomunikasi gitu? ^^

    ReplyDelete
  2. @pocket: skrg ni trend bagi ipad kat anak sorang satu. hihi

    ReplyDelete
  3. LAGI SATU.. BUDAK2 SEKARANG TAK TAAT PADA IBU BAPA, SEBALIKNYA IBU BAPA YANG TAAT PADA ANAK-ANAK.. ANAK2 NAK TU DIBELINYA, ANAK2 NAK INI DIBELINYA... MACAM2 HAL ANAK2 ZAMAN SEKARANG...

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA