be friend of mine..

Thursday, October 20, 2011

kisah benar: "merbahayakan saya?"

assalamualaikum, selamat petang.
harap semua sehat, dan ceria2 selalu. sebabnye? kan hari ni hari gaji bagi gomen servant. semua tampak gumbira, dan bersemangat.

macam tulah bila dunia sekarang memerlukan duit kan?

hari ni saya nak share satu pengalaman, yang saya rasa, tak tau lah nak komen camana.

'YES I'M NOT A TOOTHFAIRY, NO WONDER PEOPLE HATES ME"

source from google
saya biasa dapat patient budak2 kecik yang nak cabut gigi susu. biasanya budak2 ni diiringi mak. tapi kali ni, seorang boy, yang comel lote bulat, ditemani ayahnya. nak cabut gigi. first time la kiranya..

ayahnya, very caring. tapi tak berlagak. tak mengganggu tugas doktor dengan ke'caring'annya.

boy ni nak cabut gigi, tapi kena inject la. okey, lepas saya cakap bla3 (kebiasaan dentist suka bebel huahuahua)..saya pon ready nak inject.

ok, saya tak tau, ayah dia tetiba baca surah ayat macam2 doa untuk anak dia. nak inject je pon. jarum masuk 2mm je kot. hihihi..takpelah asal dia puas hati dan tenang.

anak dia ni ok, behave, leh tahan sakit. cam biasa saya akan alih perhatian dorang, biar tak ingat yang diorang ni sedang diinject.

 abes inject....relax a dulu...sambil2 massage muka dia sket (untuk tempat cabut la, untuk relaxkan otot dia-budak je di massage, orang dah tua, gi pusat urut a) , tanya macam2..

okay ready nak cabut.

nak cabut 2 batang sekali gus.

okay...baru je saya pegang gigi nye, wow kali ni ayahnya makin kuat baca doa, rasa cam imam kat masjid pulak. saya tetiba terpikir "merbahayakah saya ni?" huhuhu T_____T. saya bukannye nak cabut rahang orang, saya cuma nak cabut giginye aje. huhu

ayahnya berdoa sampaila gigi anaknya keluar semua.

alhamdulillah. inilah kali pertama saya merasa begitu bersyukur dapat cabut gigi budak2 dengan jayanya.
(status boleh bikin dentist lain bantai gelak pecah perot kot)
mungkin terkena aura kesyukuran ayah budak ni kot. janji dia hepi.

dah sudah, saya pon prescribe ubat tahan sakit tuk budak ni. sakit kot lepas abes ubat bius nanti.

pastu..saya terpikir..nanti saya ada anak, ayahnya caring macam ni ke? tunang saya sekarang ni penakut sangat jumpa dentist. yang tak paham tu berani pulak dia tackle dentist. sanggup pulak dia letak dirinya pada high risk?

saya bukan apa...saya takut anak saya nanti, bila cabut gigi..ayahnya yang pengsan..harap tak le.... ^^

moral: caring boleh, tapi jangan berlebihan, nanti anak2 yang rugi ye



3 comments:

  1. Dr Zatiel....
    Dah besau ni tak pernah jumpe dentist lagi....tp time kecik2 syok je kalau misi dtg skolah cuci n tampal gigi...kui3

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA