be friend of mine..

Friday, October 7, 2011

resepi: sambal sotong hot for nasi lemak

salam.

malam2 camni saya lapar, tu pasal, saya update entry pasal makanan. boleh jugak hilangkan lapar hohoho. dah kul 2 pagi, takut nak kuar gi dapur. nanti mak ingat perompak pulak, tak pasal2 kena side kick karang..T__T

nak tido, tak ngantuk, lagipon esok cuti, boleh bangun lewat. phhtttt! tak malu ko Zatil! ini kalu mak mertua (bakal) ko baca belog ko ni, mesti jatuh hantaran ko. dari 30k jadi 30 sen aje kuikuikui..

ok ok saya bangun awal esok sebab nak pegi beli nasik minyak kegemaran saya tuk breakfast..phhhtt!! lagi2 kau tak senonoh, anak dare malas masak! ei camon la..ujung minggu, waktu rehat, bukan waktu nak penat2 hokeh~ lagipon, sedap makcik tu masak. kalau bukan kita yang bantu usahawan melayu, sape lagi..(alasan hebat Zatil) xixixix

dah, saya ni memang malas, tapi saya bukan tak tau masak. sebanrnya bukan malas, tapi lebih kepada, sibuk! ya, itulah yang sebenarnya..(yelah..)

korang mesti tau masak nasik lemak? tak payah bagitau la kan nanti korang kata "eh belog si Zatiel tu, ingat kita ni tak reti sangat ke.." T__T

saya sebenarnya...nak ajar budak2 aje cik tipah cik melah oii..saya tak ajar makcik2 terer kat kampung tu cara masak nasik lemak. saya takut dorang ketawakan saya secara berjemaah atau berkumpulan aje nanti T__T

hari ni, saya share pasal nasik lemak pulak lauk ( oiitt cakap belit, cit ) iautu SAMBAL SOTONG HOT!

kenapa hot? tengok tuannye la..opss tak tak..sebab pedas la..baru mengancam dan mantap. ini ape barang makan tawar2 tak pedas?
krukkkkrukk

bahan2:
  1. seekor sotong yang besar- sebab isi tebal, sedap ^^
  2. 10 tangkai cili kering- nak sebakul pon boleh ikut kesukaan
  3. bawang merah 3 ulas, bawang putih 1 ulas
  4. halia 1 cm sudah
  5. belacan 1 cm
  6. tomato 1 biji
  7. lada besar 3 tangkai
  8. cili padi 10 bijik- hahahaha
  9. air asam jawa- sesudu pekat
  10. garam gula perasa bla3
cara2 gampangnya:
  1. tumis cili kering, bawang2 dan segala mak nenek cili , halia, tomato yang dah blend sampai pecah minyak. tau pecah minyak? bukan naik minyak. itu gajah je. ini kita tengok dia agak ketui2, ade minyak 2 terbit dan harum semerbak, cili dah masak.masukkan gula sahaja dulu.
  2. masukkan sotong . saya suka potong besar2.
  3. kacau2, masuk belacan, air asam jawa, dan semua bahan2 lain
  4. tak payah tambah air sebab nanti sotong kuarkan air jugak.
  5. dah masak~~ makan dengan nasik lemak, telor, timun or kangkung celur.
sedapp nye..nanti saya ajar lauk ikan kering kuah cair untuk nasik lemak ye..

da..selamat mencuba dan makan

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA