be friend of mine..

Friday, October 7, 2011

resepi: sup cendawan enoki dan baby carrot

salam.

alololo, my fren merajuk sebab katanya, dia mintak resepi mushroom soup tapi saya tak reply. aihh memang tak dapat le sms nye hahaha..

nah, amek kau ruangan ni dedikasi khas untuk ko Hasniey!

tapi, ni bukan mushroom soup yang creamy biasa tu. boring dah tu. tu nak senang, gi tengok youtube aje dah boleh buat, atau beli dah siap paket tu tinggal tambah air panas theeheehee..

google
tapi resepi ni mushroom soup budak2 suka sebab rasa macam makan steamboat. senang, mudah, cepat, murah! hah amek ko promosi baek punye!

my sup cendawan senang!
bahan2 untuk resepi senang gile ni adalah:
  1. cendawan enoki. cendawan paling saya suka. pastu suka button, shitake, straw, last baru oyster.dah! ni bukan entry pasal cendawan .
  2. baby carrot- bersihkan cantek2, nak belah ke ikut suka la
  3. sosej- suka hati la nak letak banyak mana pon
  4. ayam -ambik part tulang2 sket untuk menambah kemanisan sup
  5. bawang merah 2, bawang putih 1
  6. lada sulah, garam, serbuk perasa ayam sket
cara2 mudahnya:
  1. panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dah tumbuk or hiris halus tadi. tumis sampai agak2 perang aje
  2. baunye best kan? masuk ayam, biar sampai agak coklat2 jugak
  3. masuk air. ingat jangan hangus bawangnye nanti kuah jadi gelap. len la kalau korang suka gelap2 ni theheehee
  4. dah gelegak, masuk baby carrot and wait masak
  5. masuk cendawan, sosej, garam, serbuk perasa, lada sulah
  6. siap la kalau rasa dah masak. kalau nak lebih kenyang, boleh tambah suhun
  7. tapi pilihla suhun yang sedap ye...yang tak mudah kembang..
makan camtu best. nak makan camana pon tak pe suka hati la janji hepi ^^

p/s: tak semestinya sosej, nak letak fish ball boleh, prawn ball ke suka hati korang.

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA