be friend of mine..

Friday, November 25, 2011

berkhatan sambil check gigi. ketakutan yang berganda!

salam.

wah, lama jugak tak update entry terbaru ni. busy sket hihihi..

hari ni Jumaat, hari cuti bagi Terengganu. tapi ade la sorang doktor gigi yang kiut ni..pergi kerja jugak. nak wat camana, dah tugas.. di samping berbakti pada rakyat. jadi jangan ingat korang aje selalu kerja di hari minggu ye...

tau tak hari ni, saya kena ikut Program Berkhatan Beramai2 anjuran Klinik Kesihatan Setiu. majlis ni diadakan di SK Penarek, Setiu. mula2, hairan juga saya. ye lah...ade ke orang nak check gigi ni? semua mak ayah kalut duk urus anak nak khatan. budak2 pulak sah2 tengah berdebar perut nak khatan kan..hihihi..

eh eh...rupanya sambutan menggalakkan la pulak. ramai nak check. bagusla rakyat Malaysia sekarang. sangat pentingkan kehidupan yang sihat.




majlis perasmian oleh YB adun Permaisuri. bersemangat tau YB ni..nampak disukai ramai..kat sebelah nya, pegawai pembangunan dan pegawai kesihatan daerah. pegawai pergigian daerah i aje lesap tak ke mana ..low profile hihihi



YB:ok adik2 . arini kita semua akan bermain nenek2 si bongkok tiga. sape kalah, kena sembur.setuju?
Budak Biru: camane ni?
Budak Kuning: setuju jelah..ni pon memang musim ujan.. tak sembur pon, kena ujan jugak




YB yang sangat friendly..




woihhh! cepat pulak tetiba je hujan!. tak sempat nak lari!


YB: hujan ape. ha...ambek korang pakcik sembur semua. best kan? seronok betul dapat sembur korang ni..
abang Bomba: ermm YB, cukup la tu..banjir karang ..( patutnya aku yang sembur.. =_=' )


nampaknye macam saya sedang beri arahan kat staff. bunyiknye " kita check gigi cepat2, sebab lepas ni ade jamuan. saya tak makan pagi lagi ni.." hahaha


Budak Kuning:"cikgu! boleh saya ke tandas?"
misi gigi: makcik ni misi gigi, adik oii...

ni lah tempat kitorang check gigi.sebab bilik pergigian di pakai untuk aktiviti berkhatan. saya mengambil peluang mengintai secara terang terangan budak2 yang tengah bersunat ni hihihihihi... kesian la tengok kena inject. saya memang tak sanggup plus tak suka inject budak. tapi kagum sebab diorang ni tabah dan berani.

apa2pun, tahniah adik2 sebab dah masuk ke alam dewasa!

p/s: kata2 adalah gurauan semata2.

2 comments:

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA