be friend of mine..

Wednesday, November 30, 2011

Kesihatan Pergigian Ibu Mengandung



salam and hi!

musim nak akhir tahun ni, selain sakit kepala memikirkan nak leading clinic menghadapi audit recertificate sirim MS ISO, yang melelahkan adalah mengunjungi klinik2 sehingga sehujung2 daerah, demi memberi ceramah dan pemeriksaan pergigian.

sebab apa penting sangat nak check gigi bagai bila mengandung? lagipun mengandung je pon, tak de rasa sakit gigi pun?

ini lah salah satu tanggapan negatif yang membawa kepada masalah pergigian bagi ibu mengandung.

jawapannya senang je .

tak semua orang bernasib baik. macam mana kalau kita dikategorikan tak bernasib baik?

keadaan mulut ibu mengandung tak sama dengan orang biasa. orang biasa yang tak bersih mulutnye, efeknya tak sehebat ibu mengandung yang kurang bersih mulutnya.

masalah yang biasa kena pada ibu mengandung:
  • karies gigi- sebab? makan asam bagai nak rak, muntah tak kumur elok2
  • sakit gusi- bila mengandung, kadar hormon dalam badan dah berubah. peningkatan hormon progestron meningkatkan aliran darah keseluruh tubuh kita, dan tak ketinggalan gusi. hasilnya, gusi mudah berdarah.
  • granuloma- bengkak yang tetiba keluar sendiri time pregnant. tak hujan tak ribut tetiba bengkak. bengkak ni hilang bila melahirkan tapi sepanjang nak tunggu kelahiran, ia mungkin mengganggu.
ini contoh bengkak gusi (preganancy gingivitis.)

source from google


ini pulak pyogenic granuloma.

source from google

so, apa nak buat?
  • of coz, jaga kebersihan mulut. sila check balik macam mana nak gosok gigi dengan betul.
  • buat pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali sepanjang mengandung. sebaiknya 6 bulan sekali. ni orang tak mengandung pun kena buat.
  • makan dengan seimbang. kalsium mesti ambil secukupnya.
  • kalau sakit gigi? - hanya dibenarkan cabut gigi sewaktu mengandung pada trimester kedua. (4,5,6 bulan)
  • dah sakit, tolong pergi ambik ubat kat klinik gigi. tak payah rajin sangat, makan ubat orang lain. sebab ubat adalah berbeza.

ni serba sedikit. banyak lagi nak bebel banyak takut semua orang tido. biasanya saya suka bila beri ceramah, orang bertanya. jadi, kakak2, kawan2, adik2...ada nak tanya? sila tinggalkan pertanyaan korang. jawapan akan diberi secepatnya secara percuma. hihihi.

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA