be friend of mine..

Sunday, November 6, 2011

resepi: makarani kukus super senang

salam.

camana sambutan raya qurban hari? semorang nampak dah muak daging..

menu umah saya hari ni: singgang tulang, rendang daging, sate daging. ambek kau hahaha.

saya dah potong2 semua daging tu mengikut jenis masakan. pastu saya letak dalam container, nanti mak saya senang. nak masak dia grab aje. ada saya dah potong untuk nasi goreng daging cincang, sup perut, kerabu, macam2 la hihihihi.. sakan saya ngan my sis potong daging tadi.

pagi tadi saya tak pegi join orang sembelih pon. just ayah saya yang pegi ngan semua adik laki i, sebab tahun ni Angah my bro yang buat ibadah qurban.

okay sementara tunggu ayah and adik2 balik, i buat la makaroni kukus super simple and senang tuk diorang makan balik nanti.


bahan2:
  1. makaroni or kalu suka pasta lain cam penne ke, spiral tu ke, ikutlah. saya ambil setengah cawan je- rebus letak garam and olive oil sket.
  2. isi ayam- saya kebas isi ayam sup bahagian dada tu. dalam 2 cawan la saya dapat isi ayam carik2 tu.
  3. 4 biji telur-pukul sket
  4. daun bawang sikit, cili besar or cili kecik ikut suka lah
  5. bawang goreng -setengah cawan
  6. lada sulah, garam, perasa
  7. marjerin tuk oles

cara buat:
  1. pukul telur, masuk isi ayam
  2. kacau2, masuk daun bawang, cili potong, lada sulah, garam , perasa
  3. bila makaroni dah masak, tos, masuk dalam campuran tadi, gaulkan
  4. masuk bawang goreng, kacau lagi
  5. oles marjerin pada dulang or bekas kecik2 tu.
  6. isi 3/4 je, jangan banyak nanti melimpah
  7. sila kukus~
  8. nak tau masak, bila dia dah kembang, and cucuk lidi. if tak lekat, dah masak :)
tadaa~~




saya pakai pengukus kecik je sebab saya buat sket je. dapat 7 bijik je ngam2 sorang satu hahahahaha. makan dengan mayonis or sos cili.

siap!

No comments:

Post a Comment

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA