be friend of mine..

Friday, December 16, 2011

my homemade SUSHI

salam..hallu hallu..

semua buat apa hari ni? makan ape? ke ada yang try masak mende2 tak biasa buat macam saya?

hari ni gatal tangan nak buat sushi. kat umah dah ade barang2nya. tinggal beli sushi rice ngan sewweed aje.

saya buat 2jenis isi. ok pape jom masak nasik dulu.


ini calros rice. beras tuk sushi. masak cam dia ajar. tapi saya saje lebihkan sket air sebab saya suka yang lembut and lekit2 sket. time masak ni letak gula garam sket. bile dah masak patut letak yang bla2 tu tapi saya letak corn oil je sket.. kacau dan biar sejuk sket dalam 10 minit.




masa tunggu nasik masak and sejuk, potong siap2 timun (ganti zuccini), nanas (ganti nanas jeruk manis), cili tu eksen je tumpang. then goreng sosej, ngan jejari ketam sebab tak nak mentah. semua ni saya cari dalam peti mihihihi.

okeh, ni yang pertama. saya sapu lebihan sardin tuk sandwish pagi tadi hahaha. then letak nanas, timun, dan sosej.





then gulung jadik camni. gemuk sebelah kuakuakua





pisau kasi celup air, pisau tajam gile cam pisau mastercep. and potong dengan teknik separuh separuh.


jeng jeng jeng..siap 1!



siap dah. start inti baru. yang second ni, letak timun, nanas, ayam crispy ngan jejari ketam.


gulung2..saya memang tak nak beli tikar gulung sushi. bukan saya nak bukak kedai sushi pon. nanti dah terer and nak cuba jenis sushi yang len bali lah muahaha.

adik ambik gambo pon blur...maapkan dia tak reti pokus mihihihi.

tadda....

siap dah..jom makan. ok la not bad for cubaan pertama kan?

selamat makan!

1 comment:

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA