be friend of mine..

Tuesday, February 14, 2012

ajar anak2 berbudi bahasa...

assalamualaikum wbt..

hari ni saya tak keluar ke mana2. alhamdulillah hasil kerja keras saya dan tim kakitangan klinik yang lain, saya dapat habiskan sebuah program awal 3 minggu dari tarikh jangkaan. jadi, this week, saya bagi staff saya semua berehat dulu.

iyelah, setiap hari, kuar awal pagi, balik melebihi waktu rehat, dengan muka comot, rambut kusut masai, sampai tertidur dalam kenderaan jabatan time on the way balik.. hihihi... letih sangat sangat sangat...

okiess, bila tak keluar ke mana2, bukan bermakna saya melepak kat klinik. hari ni, saya sibuk sket prepare untuk mesyuarat negeri bagi program CPG. saya penyelaras untuk daerah ni. bila dah ade kat klinik, ada jela kes kecemasan yang datang.

heran jugak, kalu saya tak de kat klinik, tak de pulak orang nek accident.. ni la dikatakan malang tak berbau..

jadi, suatu petang, saya dapat 1 kes , budah jatuh basikal, tersungkur atas baru. bibir atas dia koyak sedalam 2cm, panjang 5 cm, lebar 1 cm. pulak tu pecah bukan belah 2, tapi belah 3.

dan menghampiri tissue penting untuk menentukan pergerakan bibir.

boleh imagine dangan darah yang agak laju mengalir, dengan budak yang meronta2 ketakutan. saya kena pantas.

budak2 ni kuat eh. mak dia sendiri tak larat pegang dia. jadi saya ambil keputusan untuk bungkus dia , supaya tak meronta2. (sebenarnya skeeet je lagi kalau tak berjaya jugak, nak bagi ubat penenang) . even dibungkus, dia masih kuat meronta. mulut tak berhenti menjerit dan bercakap.

yang ini cool aje.. good boy . source from google

seorang staff sy peluk dia dari belakang, seorang lagi pegang kaki, seorang lagi pegang kepala, seorang lagi tolong bercakap dengan budak tu, sambil tolong saya, dan seorang lagi khas untuk tolong saya. ramai betul kali ni staff terlibat.

nak jahit, susah, saya risau sebab dia asyik nak meludah , tak stop bercakap. dan paling mengesankan, BUDAK SEUMUR 6 TAHUN tu.. asik kata say dan staff "bodoh! bodoh! bodoh!".

yes, kita tau, sebab dia takut. tapi apa kewajaran seorang budak kecik cakap macam tu? adakah macam tu dia di didik di rumah dan sekolah? adakah dia belajar dari orang sekeliling dia? kenapa kita SEBAGAI ORANG YANG LEBIH DEWASA, IBU BAPA, SAUDARA MARA, GURU, tak pantau dan didik dia betul2? kalau didik, maknanya, kita masih tak cukup kaw2 mendidik.

saya pon tak nak lah bergaduk dengan budak 6 tahun. saya inject bius cepat2, jahit cepat2.. memang hasil tak berapa cantik. tapi cantik tak cantik dekat 2jam jugak baru siap. lamo nye.

saya teringat ketika saya jadi doktor gigi siswazah pelatih (fydo) masa saya kerja di Hospital, saya ada membantu seorang doktor senior, merawat seorang budak lelaki. kes nya saya dah lupa sebab dah lama. tapi saya masih ingat dia kata saya dan doktor senior tu "ba*i". itu budak kecik lagi tu.

terkejut jugak saya mula2. tapi tengok Dr senior tu rilek aje.. jadi sekarang saya pon terbiasa la.. oye, budak tu kena tempeleng dengan mak dia time tu juga sebab cakap macam tu.. ambik berganda sakit.

source from google

jadi, kesimpulannya, saya belajar bahawa ANAK2 KECIK PERLU DIDIDIK, BUKAN HANYA DALAM PELAJARAN, TAPI DARI SEGI SIKAP, TUTUR KATA, SAHSIAH DIRI. saya rasa, saya time kecik pon tak de cakap macam tu.

tak perlu makan waktu yang panjang setiap hari untuk didik mereka, cukup mendidik melalui teladan...

macam mana nak mendidik mereka, tu bergantung pada orang yang mengasuh mereka. mereka ini lahir ibarat kain yang putih bersih, kitalah yang mencorakkannya. sekian...

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

thanks. i'll reply soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN

PROGRAM PENURUNAN BERAR BADAN HEBAT & HANGAT DI PASARAN
SLIM DIET 2 DIJAMIN BERKESAN DAN DIINSURANS RM30JUTA